Isnin, 26 Mac 2018

“KAMI TIDAK PERCAYA PAKATAN HARAPAN”




“Kami tidak percaya lagi Pakatan Harapan (PH), PKR mahupun PAS kami tolak. Dulu mereka kata Tun Dr Mahathir Mohamad penjenayah, sekarang ‘penjenayah’ itu mahu diangkat menjadi Perdana Menteri.

“Jika soal prinsip pun mereka boleh tipu rakyat, benda lain apatah lagi. Cukuplah kami di sini tertipu memilih Datuk Mohd Idris Jusi sebagai wakil rakyat tetapi tidak bekerja untuk rakyat,” kata Razali Ismail.

Dia yang juga pengundi Parlimen Batu Pahat, serik untuk terus tertipu dengan permainan licik pembangkang yang akhirnya merugikan masyarakat Batu Pahat.

Bagi Azmi Malek yang juga peniaga di Senggarang, berkata Mohd Idris tidak layak untuk menjadi wakil rakyat mereka di kawasan.

Katanya, kemenangan wakil rakyat PKR itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu adalah satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.



Sementara itu bagi pengundi muda, Nur Alyaa Razak, 25, dia lebih mengenali Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berbanding Ahli Parlimen Batu Pahat.

“Ini bermakna yang buat kerja di Batu Pahat, berkhidmat untuk rakyat adalah Mohd Puad bukannya wakil rakyat yang menang, jadi buat apa saya mahu undi pembangkang,” katanya kepada Watan Online.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.