DETIK DAILY
KUALA LUMPUR― Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel
meningkat bermula tengah malam tadi, umum Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Harga RON95 naik 3 sen seliter dari RM2.17 kepada RM2.20, dan RON97 naik 4 sen seliter dari RM2.43 kepada RM2.47.
Sementara harga diesel naik 5 sen seliter dari RM2.13 kepada RM2.18.
Harga bahan api yang ditetapkan secara mingguan itu berkuat kuasa 1 Mac hingga Khamis minggu depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.