Oleh Umi Faten Nadia Ezhar
SHAH ALAM: Cadangan Pakatan Harapan (PH) yang mahu menggunakan logo
rakan komponennya Amanah atau PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
disifatkan sebagai satu penghormatan kepada parti pimpinan Mohamad Sabu
itu.
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir yakin pemilihan antara dua parti
itu tidak akan menjejaskan undi rakyat yang menyokong dua parti sekutu
yang lain iaitu PPBM dan DAP.
"Ya, kami yakin.
"Kalau mereka semua memilih Amanah, kalau keputusan itu berdasarkan
kepada kebaikan dan kebolehmenangan, maka tentulah kita akan alu-alukan
untuk sesiapa pun membuat penilaian kerana baru sekali kami masuk
pilihan raya di semenanjung iaitu dalam Pilihan Raya Kecil, itupun
ketika itu umur kita (Amanah) baru beberapa bulan agaknya.
"Kita belum dikenali ramai tapi dalam keadaan itu, rakyat masih boleh mengundi," katanya kepada Antarapos.
Anuar berkata demikian, mengulas kenyataan Naib Presiden PH, Salahuddin
Ayub yang memutuskan untuk tidak menggunakan logo PPBM dan DAP selepas
dua parti itu dibelit masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah berkata, pemilihan hanya
satu logo parti pembangkang itu kerana RoS sehingga kini tidak
meluluskan permohonan pendaftaran PH.
Tambah Anuar lagi, rakyat kini bijak untuk menilai sebelum membuat
pilihan kerana mereka lebih mementingkan faktor calon berbanding parti.
"Ini zaman rakyat sudah boleh membaca, zaman rakyat sudah boleh
menggunakan, walaupun sesetengah itu sudah agak berumur, tapi oleh
kerana terdapat pendedahan, maka dia sudah boleh membaca whatsapp, dia
boleh mengirim artikel dalam emel dan sebagainya.
Jadi saya rasa pada zaman ini, rakyat sudah boleh mengenal apakah ini
lambang sebuah minuman ringan atau lambang jenama barang atau logo
sebuah parti politik. Bila sudah ada IT, rakyat akan boleh memilih,"
ujar beliau lagi.
Semalam (PH) dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung logo yang akan digunakan gabungan itu untuk PRU14 pada minggu hadapan.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu telah berjaya
mencapai kata sepakat berkenaan logo yang bakal digunakan, namun
memerlukan sedikit masa lagi.
Sebelum ini, RoS berkata kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat agung
pertama dan masalah DAP berhubung kesahihan jawatankuasa eksekutif pusat
(CEC) mereka menyebabkan kelewatan meluluskan permohonan PH.
PPBM sudah mengadakan mesyuarat agung pertama mereka pada Disember lalu, sementara RoS mengiktiraf barisan kepimpinan DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.