KOTA BHARU: NGO Pertahan hari ini
menyerah surat jemputan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PBBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli panel forum yang akan
diadakan di sini, 29 Mac ini.
Timbalan Pengarah Forum Anak Muda, Abdul Shakur Sharie berkata, forum
tersebut akan mengupas tajuk "Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali
Lagi".
“Saya hadir ke Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia pagi tadi adalah untuk menyampaikan surat jemputan kepada Tun.
“Besar harapan kami agar pihak Tun dapat hadir ke program yang bakal
dilangsungkan pada 29 Mac ini di Dewan Kompleks Purnama, Pengkalan
Chepa,” katanya di sini.
Abdul Shakur yang juga Timbalan Presiden R hadir kepada pejabat PPBM
di Petaling Jaya bersama Ahli Jawatankuasa NGO Pertahan, Mohd Suhaizi
Kadir, dan Ustaz Muizzudin Muda.
Forum tersebut juga akan menampilkan pensyarah UUM, Dr Kamarul Zaman
Yusoff; Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan bekas
aktivis PKR, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard.
Abdul Shakur juga berkata, walaupun Tun dikatakan mempunyai komitmen
lain pada tarikh tersebut, namun pihaknya berharap PPBM mewakilkan
kepada mana mana pimpinan yang layak.
“Semoga budaya wacana sebegini terus segar dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY
Dewan Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.