MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman lapan
tahun ke atas seorang suri rumah, Rozita Mohamad Ali atas penderaan yang
dilakukan ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Laporan The Malay Mail Online menyebut, hukuman itu dijatuhkan
selepas mahkamah menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang
membebaskan Rozita dengan bon kelakuan baik dan jaminan RM20,000.
Keputusan Mahkamah Sesyen ke atas wanita bergelar “Datin” itu
menimbulkan kemarahan masyarakat umum kerana terlalu ringan bagi
kesalahan mendera warga Indonesia tersebut.
Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Tun Abdul Majid Tun Hamzah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.