Selasa, 27 Mac 2018

Bencinya Exco Sukan kepada FAS

Manzaidi Mohd Amin
Amirudin Shari


SHAH ALAM – Perkataan “Go To Hell” mengamatkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, apabila seorang anggota Exco dengan penuh emosi mengkritik Persatuan Bola Sepak Selangor (PAS) berhubung penggunaan Stadium Shah Alam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri, Amirudin Shari memberitahu, ketegasan kerajaan negeri untuk tidak membenarkan FAS menggunakan stadium itu untuk latihan pasukan negeri.

Katanya, kerajaan negeri selama ini bertolak ansur dengan FAS, tetapi tidak digunakan sebaik mungkin oleh persatuan itu yang memilih untuk berpolitik daripada mengutamakan sukan.

Go to hell lah kepada mereka (FAS). Kita ada cara kita untuk membangunkan sukan bola sepak negeri,” katanya pada Persidangan Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas Tahun 2018 di Bangunan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Kata-kata itu dibantah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi yang menyifatkan kenyetaan itu tidak wajar keluar dari mulut seorang pemimpin kerajaan negeri yang menjaga portfolio sukan.

Amirudin dipercayai melahirkan emosinya itu kepada FAS kerana berdendam dengan Setiausaha Agung persatuan itu, Rosman Ibrahim yang sebelum ini saling serang menyerang dengan melontarkan pendapat berbeza berhubung masalah yang membelenggu badan induk pasukan bola sepak Selangor itu. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.