SHAH ALAM: Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata
tiada jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyelesaikan isu agih
kerusi di negeri itu.
Azmin berkata Jawatankuasa Pilihan Raya Selangor yang kini digunakan
untuk rundingan agih kerusi mungkin akan ditukar namanya menjadi
Jawatankuasa Pengagihan Kerusi.
“Tiada jawatankuasa khas. Apa yang Dr Mahathir (Mohamad) kata adalah
kita ada jawatankuasa yang ditubuhkan seperti negeri lain dan kita telah
berjumpa empat kali.
“Kecuali jawatankuasa itu sebelum ini dikenali sebagai ‘Jawatankuasa
Pilihan Raya Negeri Selangor’ sekarang mereka mahu ubah kepada
‘Jawatankuasa Pengagihan Kerusi’, ahli jawatankuasa masih sama,” katanya
kepada wartawan pada sidang media di sebuah majlis di Masjid Taman Tun
Teja, Rawang.
Pengerusi PH Dr Mahathir sebelum ini mengumumkan jawatankuasa khas bagi
PH Selangor menyelesaikan isu agih kerusi di negeri itu.
Azmin juga menyelar Amanah kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan
tentang pembahagian kerusi PH Selangor, seolah-olah hanya PKR yang
memulakan rundingan rasmi.
“Tidak ada jawatankuasa baru, hanya nama baru…apa yang penting adalah
isi bukan nama, tetapi sekurang-kurangnya tidak bolehkan Amanah beritahu
kebenaran kepada rakyat?
“Kerana itulah Amanah tak beritahu kebenaran, mereka tak amanah, kita sudah berjumpa empat kali,” kata Azmin menyindir.
“Kita sudah berjumpa empat kali bukan hanya untuk berbincang dengan
pembahagian kerusi, tetapi juga isu lain berkaitan persediaan Pilihan
Raya Umum ke-14.
“Sudah tentu rundingan kerusi adalah salah satu isu utama yang
dibincangkan dalam jawatankuasa, tetapi malangnya kami belum capai
konsensus empat parti, dan saya rasa proses itu perlu diteruskan
(sehingga capai konsensus),” kata Azmin.
Azmin juga mengatakan pembahagian kerusi PH negeri belum dimuktamadkan
dan beliau menekankan PH akan memperuntukkan kerusi berasaskan
“kebolehmenangan” parti komponennya.
“Saya pasti jika kita ada konsensus, kita boleh atasi semua perkara,
kerana saya fikir di Selangor, lebih daripada 80% sudah ada konsensus.
“Jadi adil di Selangor, awak mahu tetapkan tarikh akhir atau awak mahu
proses itu diteruskan hingga kita capai konsensus? Saya ingat
kedua-duanya penting?” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.