SELANGOR KINI
Saya
ambil maklum kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa harga rumah
kediaman di Malaysia kekal tidak mampu dimiliki kebanyakan isi rumah
pada 2016, berikutan kegagalan pasaran menyediakan rumah mampu milik
yang mencukupi.
Jelas BNM lagi, isu berkenaan sebahagian besarnya
disebabkan oleh ketidakpadanan penawaran dan permintaan, berbanding
pertumbuhan pendapatan yang lebih perlahan.
1) Inilah keadaan yang
amat membimbangkan rakyat Malaysia, mereka tidak mampu untuk membeli
rumah yang berharga lebih daripada RM250,000. Sepatutnya kerajaan Umno
Barisan Nasional (BN) mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini dan
berbincang dengan pemaju untuk membina rumah mampu milik, bukannya rumah
mampu tengok.
Bank
pusat itu turut menjelaskan bahawa pertumbuhan pendapatan isi rumah
tidak selari dengan peningkatan harga kediaman ekoran ketidakpadanan
permintaan bekalan yang membimbangkan.
Jjumlah harta kediaman yang tidak
terjual di Malaysia juga berada pada paras tertinggi satu dekad, iaitu
146,4977 unit pada suku kedua 2017.
Malah, berlaku peningkatan
daripada 130,690 unit pada suku pertama 2017. Ini bermakna hampir 82
peratus unit tidak terjual berharga melebihi RM250,000.
2) Lebih
malang lagi di Melaka, kerajaan negeri mahu mewujudkan perumahan khas
pekerja warga asing. Berdasarkan Laporan Perangkaan Separuh Tahun
Pertama 2017 bagi status projek perumahan swasta di Melaka, bagi status
perumahan lancar Jun 2017, bilangan projek adalah 82, unit rumah pula
13181 dan bilangan pembeli adalah 8273.
Bagi status perumahan
lewat pula, bilangan projek adalah 10, unit rumah adalah 1066, dan
bilangan pembeli sebanyak 892. Untuk status perumahan sakit pula,
bilangan projek adalah 10, unit rumah pula adalah 1838, manakala
bilangan pembeli adalah 942.
Ini statistik perangkaan perumahan
untuk tahun lepas di negeri itu, betapa rakyat amat memerlukan rumah
mampu milik, tetapi kerajaan negeri dibawah Umno BN sibuk ingin membina
rumah untuk warga asing. Keadaan ini boleh di ibaratkan seperti ‘anak
kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’.
3)
Kebanyakan rakyat yang gagal untuk membeli rumah adalah terdiri daripada
golongan anak-anak muda dan juga bagi mereka yang baru mendirikan rumah
tangga. Antara sebabnya adalah kerana gaji mereka yang masih berada di
paras sederhana dan rendah.
Selain
itu, tekanan daripada kos sara hidup yang tinggi, bebanan hutang
pendidikan iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membawa kepada
kos harga barang semakin mahal.
4) Oleh sebab itu, saya minta agar
pihak kerajaan yang prihatin ini untuk fokus terhadap rumah mampu milik
dan membinanya mengikut purata pendapatan rakyat hari ini, terutamanya
mereka yang golongan berpendapatan rendah.
Saya lihat dasar Rumah
Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan juga Perumahan Rakyat 1Malaysia
(PR1MA) juga bukan murah dan agak mahal, malah sebanding dengan
perumahan mewah yang lain.
Harganya pula dikatakan melebihi paras
RM300,000 seunit. Bagaimana rakyat mampu beli?
5) Sehubungan
dengan itu, sekiranya Pakatan Harapan menang dalam Pilihan raya Umum
Ke-14 (PRU-14) dan mendapat kepercayaan dan sokongan daripada rakyat,
pastinya isu rumah mampu milik dilaksanakan sebaiknya.
Itu antara
manifesto yang ditekankan oleh Pakatan Harapan sebelum ini. Pakatan
Harapan telah mencadangkan kesemua badan perumahan berkanun digabungkan
menjadi satu badan pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk
menyediakan perumahan berpatutan dan berkualiti.
Bahkan, Pakatan Harapan akan melaksanakan sewa beli untuk perumahan mampu milik pada harga yang terkawal.
Inilah
kegagalan kerajaan Umno BN yang tidak menepati janji untuk menyediakan
1.5 juta unit rumah mampu milik menjelang 2018. Ini sangat memalukan
buat kerajaan Umno BN dan ini membuktikan parti pemerintah itu tidak
layak untuk terus berada di Putrajaya.
Prasanth Kumar Brakasam
Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Melaka
Parti KEADILAN Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.