CHUKAI: Seorang pengurus pembangunan perniagaan sebuah anak syarikat
kerajaan negeri dan isterinya direman tiga hari bagi membantu siasatan
kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan kira-kira RM5.4 juta.
Hakim Mahkamah Sesyen Badrul Munir Mohd Hamdy membenarkan permohonan
reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah
Sesyen, di sini hari ini.
Semalam, SPRM menahan suspek berumur 59 tahun itu bersama isteri, 52,
dua anak mereka masing-masing berumur 31 dan 34, menantu, 34, dan dua
proksi di Kemaman dan ibu negara bagi membantu siasatan kes tersebut.
Menurut sumber SPRM, suspek disyaki telah menyalahgunakan kuasa dengan
menggunakan kedudukannya memberi projek dan kontrak kepada beberapa
syarikat yang mempunyai kepentingan kepada diri dan keluarganya antara
2010 hingga 2017.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.