Ahad, 25 Februari 2018
Pengakuan ‘Parti Tidak Tentu Arah’ Daripada Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tular Di Media Sosial
Disebabkan kenyataan terbuka Ahli Majlis tertinggi PPBM pusat, Abu Bakar Yahya yang mengaku parti itu adalah parti yang tiada haluan, maka rakaman ceramahnya tular di media sosial.
Malah secara terbuka, Abu Bakar berkata beliau rela dipecat daripada jawatannya, jika kenyataannya bersalahan dengan dasar parti.
“Saya rela dipecat daripada jawatan yang ada..buat apa saya duduk dalam parti yang terhegeh-hegeh tak tentu arah ini,”katanya dalam satu ceramah dalam Parlimen Serdang, Selangor.
Sebelum ini, Abu Bakar juga turut mengecam ketidaksepakatan Pakatan Harapan (PH) yang digambarkan dalam ceramah mega yang dihadirinya itu.
” Kita ada empat parti dalam Pakatan Harapan.PKR, PPBM, DAP dan Amanah.
” Tapi malam ini ceramah perdana Pakatan Harapan. Saya tengok PKR tidak ada wakil. DAP tidak ada wakil. Saya seorang kena layak PPBM kat sini.
“Kita empat parti pun tak boleh satu ni macam mana,”katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.