Khamis, 1 Februari 2018

Larang jual makanan siap diproses di kantin sekolah wajar

ISMA WEB
 



Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI – Cadangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan untuk melarang beberapa jenis makanan, terutama yang siap diproses daripada dijual di kantin sekolah, dianggap wajar.

Pakar Pemakanan dan Nutrisi, Shazamawati Zam Hashari berkata, ini kerana makanan yang sudah siap diproses mengandungi bahan perisa dan garam yang tinggi.

Beliau menjelaskan, makanan seperti itu tidak baik untuk tumbesaran kanak-kanak yang sedang membesar dan boleh mengganggu sistem biokimia badan.

“Anak-anak yang sedang membesar memerlukan makanan yang sihat, segar dan berkhasiat bagi melancarkan pertumbuhan mental, fizikal dan emosi mereka dengan baik.

“Saya mengesyorkan supaya semua pengusaha kantin sekolah diberi tunjuk ajar oleh pihak kerajaan supaya mereka tahu bagaiman penyediaan makanan yang baik bagi pembesar anak-anak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Terdahulu, akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau melaporkan, terdapat 13 jenis makanan yang dilarang di bawah peraturan baru oleh Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pendidikan berkata, makanan ini diharamkan daripada dijual di kantin sekolah kerana kandungan lemak dan garam yang tinggi dan tidak sihat untuk kanak-kanak.

Antara lain di kalangan 13 makanan yang dilarang adalah makanan laut, kentang goreng, burger, nugget, ikan sate, kerepem, keropok, gula-gula, coklat, buah jeruk seperti mangga, mi segera, minuman 3-in-1, kopi dan teh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.