SHAH ALAM: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik bermula tengah malam ini masing-masing sebanyak 2 sen seliter.
Sementara itu, harga bagi diesel pula naik sebanyak 3 sen seliter.
Harga baru itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Twitter rasminya, hari ini.
Bagi tempoh 1 Februari hingga 7 Februari, harga runcit RON95 ialah
RM2.31 seliter (daripada RM2.29), manakala RON97 ialah RM2.58 seliter
berbanding RM2.56 seliter minggu lalu.
Harga bagi diesel pula naik kepada RM2.34 seliter, berbanding RM2.31 seliter.
Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun ini.
Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal
secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi
minyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.