Ahad, 25 Februari 2018

DAP ‘King Maker’ PH : Amanah ‘Terpukul’ Dengan Hujah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor

 
 


Parti Amanah Negara dilihat ‘terpukul’ dengan hujah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Ustaz Zamri Zainuldin yang mendakwa DAP adalah ‘king maker’ dalam Pakatan Harapan (PH), sedangkan parti-parti lain termasuk Amanah, PKR dan PPBM sekadar pengikut sahaja.

Akibat sakit hati dengan hujah ustaz Zamri itu menyebabkan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad tampil untuk menjawabnya.

Bagaimanapun, Khalid tidak menjawab hujah ustaz Zamri sebaliknya mengecam isu peribadi dengan melabel sebagai ‘ustaz muda’ yang hanya sesuai untuk program ‘mari mengaji’ di televisyen sahaja.
Selebihnya, Khalid dilihat bercakap di luar topik dengan membela pimpinan DAP termasuk Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Sebelum ini ustaz Zamri yang juga dikenali sebagai Zamri ‘Mantop’ berhujah PH adalah Pakatan DAP kerana DAP merupakan ‘king maker’ PH apabila pimpinan parti-parti komponennya, Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM), Mohamad Sabu (Amanah) dan Anwar Ibrahim (PKR) kesemuanya tunduk kepada Lim Kit Siang.

“PAS dahulu yang paling kuat antara ahlinya adalah Mat Sabu..Mat Sabu akhirnya tunduk di bawah Lim Kit Siang dan DAP

“Di dalam UMNO yang paling kuat, Tun Mahathir Mohamad, ketika itu Tun Mahathir Mohamad juga akhirnya tunduk di bawah Lim Kit Siang dan DAP.

“Orang yang paling kuat dalam PKR, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tunduk dengan Lim Kit Siang dan DAP,”katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI:
NO. 1
NO. 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.