KUALA LUMPUR: Beberapa bekas exco pemuda PPBM melahirkan rasa tidak
berpuas hati terhadap Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (RoS) kerana masih
belum mengambil sebarang tindakan terhadap parti berkenaan yang didakwa
melanggari Perlembagaannya.
Bekas pemimpin sayap Pemuda parti itu, Muhammad Hafiz Azhar berkata,
pelbagai bukti diserahkan kepada RoS sejak September 2017 tentang
bagaimana PPBM tidak mematuhi Perlembagaannya terutama melibatkan
penubuhan sayap parti serta status mesyuarat agung tahunannya (AGM).
Katanya, beliau yang mewakili lebih 1,000 ahli PPBM sedia mengadakan
bantahan beramai-ramai di ibu pejabat RoS jika tiada sebarang tindakan
atau respon daripada jabatan itu dalam tempoh dua minggu akan datang.
"Kami mendesak dan mahukan penjelasan daripada RoS kenapa sampai hari
ini tidak ada tindakan sedangkan Pengerusi PPBM sendiri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad dilaporkan berkata sebanyak 400 laporan telah dibuat
berhubung permasalahan parti tersebut.
"Kami tidak faham mengapa tiada sebarang tindakan yang diambil, kerana
terdapat banyak ahli-ahli parti yang teraniaya," katanya dalam sidang
akhbar di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.