PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) meyakini tekad yang
ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membantu PAS serta GAGASAN
berkempen di Selangor memberi satu kekuatan besar ke arah pembentukan
kerajaan baru Selangor pasca PRU 14.
Kesungguhan beliau ditunjukkan
semasa berceramah di Batang Kali, Hulu Selangor, pada 27 Januari 2018
yang baru lalu.
Ceramah yang dianjurkan oleh PAS
Kawasan Hulu Selangor itu bertemakan "PAS Memimpin Pembentukan Kerajaan
Baru Selangor Selepas PRU 14". Tekad yang ditunjukkan oleh Tan Sri
Khalid di dalam ceramah tersebut, seumpama satu 'sepak mula' untuk satu
gelombang besar-besaran membentuk kerajaan baru yang dipimpin oleh PAS
bersama GAGASAN.
Tan Sri Khalid diakui sebagai faktor
utama yang melonjakkan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU 13 yang
lalu. Selain daripada itu, beliau juga masih mempunyai sokongan dari
kalangan ahli-ahli PKR termasuk juga DAP. Demikian juga dengan
kakitangan-kakitangan awam yang berkhidmat di Selangor, begitu
menghormati integriti dan efisiensi beliau.
Di samping sokongan yang masih kuat
dari kalangan penyokong-penyokong PR sebelum ini, Tan Sri Khalid juga
begitu dihormati oleh Umno sehingga beliau turut dijemput oleh Umno
Selangor dalam konvensyen mereka baru-baru ini. Dengan sokongan dari
pelbagai pihak, beliau diyakini boleh menarik sokongan majoriti rakyat
Selangor ke arah pembentukan sebuah kerajaan baru.
PPP juga percaya tekad yang
ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid untuk membantu PAS dalam menghadapi PRU
14 ini akan menambah satu kekuatan baru untuk mencapai sasaran Presiden
PAS di dalam ucapan beliau di FASTAQIM 2.4 di Shah Alam baru-baru ini.
Diyakini siri ceramah yang dirintis oleh PAS Hulu Selangor ini akan
disusuli oleh 21 lagi PAS kawasan-kawasan yang lain.
* DR MOHD ZUHDI MARSUKI, Pengarah PPP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.