MUADZAM SHAH:
Pertubuhan Rahmat Malaysia mensasar penubuhan 100 Akademi Rahmat dan
Kecemerlangan Rakyat (Arca) di seluruh negara dalam masa lima tahun.
Penaungnya, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tahun ini pihaknya akan menubuh 10 Arca yang bermula di Rompin.
Katanya, Arca bertujuan mendidik
masyarakat mendekati Islam melalui sistem pendidikan percuma yang
melibatkan penyertaan semua anggota masyarakat.
“Arca memperkenalkan sistem berbeza
daripada institusi pendidikan Islam sedia ada dengan memilih lokasi di
bandar supaya ia tidak dianggap sebagai saingan kepada pusat pendidikan
berbayar,” katanya pada program tersebut semalam.
Inisiatif itu dalam usaha menyemarakkan
lagi semangat dan kesungguhan masyarakat untuk mendapatkan ilmu agama
menerusi pengajian dianjurkan.-HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.