Oleh Aina Wafi Ab Kadir
Hendak jadi negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi bagaimana kalau buku masih disekat-sekat? Itukah yang dinamakan sebagai kemajuan sosial?
Empat hari sebelum masuk ke tahun 2018, Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih sibuk mengharamkan 2 buah buku. Tahun ini saja, sudah hampir 60 buah buku diwartakan haram sejak Mac hingga Disember. Alasannya – kandungan buku yang MUNGKIN mengganggu ketenteraman awam, MUNGKIN menggemparkan pemikiran orang ramai, MUNGKIN berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan MUNGKIN memudaratkan kemoralan. MUNGKIN, tuan-tuan, MUNGKIN.
Awam yang mana? Ruang awam yang mana sedang gempar berhamuk pasca pembacaan buku-buku yang sudah beribu diharamkan ini? Berapa ramai dan berpa peratusan masyarakat Malaysia yang terkesan dengan buku-buku tersebut? Apakah bentuk tindakan dan aktiviti pasca pembacaan buku-buku tersebut?
Takkanlah kita cuma menerima laporan dari mana-mana individu yang melapor kemudian membaca ala kadar dan dengan pemahaman ala kadar itulah ia diwartakan haram? Busuk-busuk, dapatan kajian harus ada sebelum menjatuhkan halal haram sesuatu buku. Penatlah para akademia menggariskan metod-metod pensabitan hukum tetapi prosesnya tidak ditekuni dan diteliti.
Aku masih ingat ketika salah seorang ahli panel jemputan Buku Jalanan UIA dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Puan Zaharanum menyatakan – kalau sesebuah karya yang benar-benar kreatif, ia takkan dapat dikenalpasti secara jelas sindiran dan kritikannya. Jadi, mengikut beliau seorang penulis itu harus bijak menyembunyikan sindirannya. Agar nanti buku mereka tidak boleh mudah-mudah diharamkan.
Siapa pula yang harus menulis berkias-kias ini? Mengapa kita – rakyat, penulis dan pembaca harus mengikut acuan kreatif dari badan kerajaan? Mengapa kita tidak diizin untuk menarikan pandangan dan tulisan semahu kita sendiri? Negara apa yang sampai bentuk tulisan pun hendak ditentu dan dipetakkan kerajaan?
Apa sajalah hak kita ini sebagai penulis? Apakah semua penulis harus memaksa diri menjadi kreatif dan mengias-ngiaskan tulisannya untuk mengelakkan tindakan kerajaan?
Ruang besar mana sajalah yang boleh dinikmati pembaca untuk menikmati buah-buah fikir dari sesebuah buku? Mengapa hujah-hujah seperti – masyarakat kita belum berilmu untuk membaca dan menapis bahan bacaan mereka ini tenang-tenang saja dijadikan balas bagi penulis seperti aku yang mengharapkan kebebasan berkarya dan kebebasan membaca? Sampai bila masyarakat akan dikatakan tidak pandai menyaring buku? Apa pula inisiatif kerajaan untuk memandaikan masyarakat dalam hal menimbang baik buruk buku dan pembacaan?
Kita ini bukan menulis hal-hal menyumpah orang. Kita menulis kritikan terhadap sistem-sistem. Apakah sistem dan negara ini tidak lagi boleh dikritik? Kita tidak pernah mencarutkan sesiapa jualah. Hatta orang-orang bersut dan yang asyik tidur di kerusi empuk jenama Parlimen pun tidak sesekali kita carutkan.
Kita ini menulis tidak juga dengan kaki. Kita bangun jam 3.00, 4.00 pagi menumpahkan idea, menambah materi pembacaan yang berganda dari kebiasaan, bahkan ada yang sampai turun ke padang – menyaksikan sendiri hal-hal yang hendak ditulisnya.
Nah, berapa pula nilai wang, tenaga dan masa seseorang penulis yang sudah tercurahkan? Apakah ia senang-senang boleh diwarta haram tanpa memanggil para penulis menghadap KDN dan saling berbahas? Atau KDN hanya mahu memanggil penulis setelah buku tersebut diharamkan terlebih dahulu?
Nasi sudah jadi bubur, kan tuan-tuan? Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak haram, takkan KDN sudi hendak menghalalkannya semula?
Pengharaman bukan solusi
Apa yang hendak disorok KDN sebenarnya ketika mengharamkan buku-buku yang mengkritik keadaan politik, ekonomi, sosial dan agama negara? Mahu menyembunyikan realiti dari pengetahuan rakyat yang membaca? Lalu, rakyat seperti kami ini layak mendapat tahu hal-hal seperti apa?
Guatemala memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis untuk mengiktiraf negara haram Israel? Atau hal tanah Felda yang hilang? Atau berita suam-suam kuku Awal Ashaari berhenti mengacarakan rancangan Melodi?
Kerajaan tak mahu rakyat jadi pandaikah? Membaca dan mendapat sisi baharu tentang keadaan semasa masyarakat? Bukankah setelah membaca, rakyat juga harus bergerak membaikkan realiti negara yang makin tenat ini?
Kerajaan takut para pembaca keliru dengan tulisan-tulisan tersebut? Takut dengan ancaman Liberalisme, Syiah dan fahaman sesat ya? Maka, di mana para penulis kerajaan yang sepatutnya membalas kekeliruan dan mempromosi tulisan jawapan tersebut? Mengapa idea tidak dibalas idea? Atau kerajaan sebenarnya ketandusan bijak pandai untuk membalas kenyataan-kenyataan yang katanya mengelirukan itu?
Tahukah kerajaan (1), buku-buku yang diharamkan anda tadi telah pun dicetak beratus-ratus, beribu-ribu bahkan ada yang sudah masuk cetakan kelima? Apa pula inisiatif kerajaan untuk “menghilangkan kekeliruan” mereka yang sudah membaca buku-buku ini? Bukankah kerja mengharamkan buku hanya untuk mereka yang belum membaca? Tetapi membalas tulisan, menyatakan kesilapan dan mengkritik semula buku-buku tersebut barulah namanya menghentikan kekeliruan pembaca, kan?
“Kekeliruan” yang kerajaan selalu risau dan gundah-gulanakan ini tak ikhlas pun sebenarnya. Nak mudah saja dalam buat kerja. Haram yang itu, haram yang ini! Tahun bila kerajaan akan jelaskan secara terperinci dalam laporan yang terbuka untuk kami para penulis dan pembaca mengetahui dan meneliti sendiri teks mana yang memeningkan kepala orang awam? Baris mana yang menghina agama? Perkataan mana yang menjurus kepada idea liberal, syiah dan sesat ini? Nak tunggu sampai 2050 baru budaya ilmu ini akan dicetus dan disemarakkan kerajaan?
Tahukah kerajaan (2), buku-buku yang anda haramkan itu sudah dicetak bertahun-tahun sebelum anda mengharamkannya? Kalau hendak dikira pembaca buku tersebut sesat, maka sudah terlambatlah untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik mereka dari bergerak ke arah neraka.
Tetapi jangan lupa, mari sama-sama kita tanyakan kepada Jakim atau KDN, di manakah kesan jelas hasil dari pembacaan buku-buku haram tersebut? Berapa peratuskah orang Muslim yang sekarang menukar pegangan aqidah? Atau berapakah jumlah penyokong gerakan liberalisme hasil daripada menelaah buku-buku sebegini?
Suara penulis suara keramat
Aku seorang penulis muda. Baru setahun melalui hari-hari ini sebagai seorang penulis. Setiap penulis harus punya satu sikap iaitu mempertahankan tulisan mereka. Di bahu kami ini sendiri letaknya tanggungjawab. Tanggungjawab membawa wacana, mengetengahkan wacana yang seharusnya menjadi keperluan, mencelikkan mata orang sekeliling akan hal-hal yang kami rasakan penting dan sedia menahan diri dari caci maki “kau sesat”-“kau tersasar”-“kau bukan Islamis sebenar” yang selalu dilontarkan orang awam yang membaca.
Kalau hari ini buku para penulis tersohor dan berpengalaman diharamkan tanpa apa-apa tentangan dari kumpulan penulis dan kumpulan pembaca, apa pula nasib penulis kecil seperti di tahun-tahun mendatang? Bahan bacaan apa sajalah yang dapat dinikmati pembaca jika sekarang kalian membisu dan tidak mengambil endah akan hal ini?
Apa jua bentuk ketidaksetujuan, ia harus dinyatakan, dibincang dan dibalas. Buku memang boleh diharamkan. Tetapi idea, cara pandang dan pengaruh seseorang penulis tidak akan lenyap dengan sekatan dan pengharaman tadi. Nasihat aku kepada kerajaan supaya dicarilah barang yang menjadi akar. Bukan asyik dan leka memotong mencantas dahan yang esoknya bisa tumbuh dan naik lagi.
*Aina Wafi Ab Kadir adalah penulis buku Kisah-kisah Melawan Dalam Al Quran terbitan Thukul Cetak

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.