DETIK DAILY
Oleh SUBKY LATIF
SEKALIPUN sudah tidak ramai, tapi masih ada wanita
Islam tidak bertudung. Jika awal 70-an dulu orang soksek mana-mana
wanita yang menutup aurat, maka sekarang kita dapati yang sekadar
muslimah awam bersoksek sama sendiri melihat wanita tidak bertudung
terutama ibu-ibu tua atau sudah jadi opah.
Tidak ada yang
kutuk perempuan yang tidak bertudung, tetapi secara spontan mereka getik
wanita yang mendedahkan kepala itu. Pada hal mereka tidaklah terdiri
daripada ahli-ahli agama yang menjaga adab dan akhlak sebagai orang
Islam, tetapi getik pada yang masih tidak bertudung itu.
Selama
ini terutama bagi masyarakat Islam konservetif mengira anak-anak wayang
sebagai golongan yang tidak peka akhlak Islam. Saya tidak mahu kata
mereka dibenci, tetapi mereka dipandang tidak enak oleh orang Melayu.
Dan mereka dikira golongan paling bebas pergaulannya. Pergaulan bebas
itu tidak disukai masa itu.
Tetapi masa ini penyanyi dan
pelakon filem pun rata-rata sudah menjaga aurat. Saya adalah peminat
lakonan seniwati Sarimah semasa muda dulu. Amat bangga saya apabila
Sarimah menjaga auratnya dalam semua keadaan termasuk dalam filem.
Kerana
terlalu menjaga auratnya hingga terasa saya lakonannya tidak realistik.
Dalam kehidupan anak-beranak dalam rumah ibu dan anak perempuan tidak
haram mendedahkan aurat. Tetapi dalam lakonan sedemikian Sarimah menjaga
aurat. Terasalah ia tidak realistik. Tetapi itulah pekanya dia menjaga
aurat.
Kebanyakan ahli seni sekarang sudah peka dengan adab
aurat, tetapi setengah anggota masyarakat yang hidupnya ada kelas tidak
hiraukan kod berpakaian itu sekalipun berada dalam majlis yang semuanya
bertudung. Ketika ziarah jenazah saja tutup kepala tapi leher terdedah.
Apa
jua status agamanya masing-masing sudah menjaga aurat. Payah kita jumpa
orang bersekolah Orang Putih dulu kini tidak menutup aurat. Tahniah
buat Tun Rahah, bonda PM Najib, semasa jadi isteri Perdana Menteri dulu
tidak ramai orang kenamaan menutup aurat. Tetapi hari ini dia menutup
aurat.
Wanita Umno tidak tahu bertudung, tetapi hari ini
ketuanya Shahrizat Jalil pun sudah lingkup. Sebelumnya kebanyakan
perwakilan bertudung tetapi ketuanya keras kepala tak bertudung.
Mula
orang bertudung selepas 13 Mei, 1969. ABIM ditubuhkan selepasnya. Semua
ahli bertudung. Lepas itu ia berkembang pesat. Tahun 1984 saya ke Mesir
selepas haji. Sekalian wanita dalam rombongan bertudung belaka. Orang
Mesir bertanya, semua wanita Malaysia macam inikah?
Sekalipun
ia belum diterima pakai orang majoriti, tapi bagi orang Mesir,
beginilah wanita Malaysia. Mereka bersyukur, kerana di Mesir ketika itu
seolah tidak cukup kain unuk bertudung.
Dulu bertudung itu
bukan budaya isteri menteri-menteri. Sejak Anwar Ibrahim jadi TPM
kebanyakan isteri TPM bertudung. Isteri PM hingga hari ini belum
bertudung. Raja-Raja adalah ketua agama, permaisuri belum semua
bertudung. Untung juga isteri rakyat tidak ikut isteri raja mereka.
Perkembangan
meggalakkan. Hanya kerajaan Kelantan mensyaratkan petugas wanita
Melayunya bertudung. Kerajaan pusat dan lain-lain negeri tidak membuat
syarat tetapi kebanyakannya memilih bertudung.
Apakah
menjelang TN50 tamat, semua wanita Islam bertudung? Moga-moga amin! Yang
masih tidak bertudung, bukan mereka saja berdosa, tetapi yang bertudung
kerana bersoksek pada yang tidak bertudung boleh disambar dosa juga.
Jika
yang tidak bertudung itu tidak dapat dicegah dengan tangan dan mulut,
sekadar getik sekalipun selemah-lemah iman, berpahala jua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.