KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik bermula
tengah malam ini sebanyak tiga sen seliter, manakala diesel pula naik
enam sen.
Harga baru itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Twitter rasminya, hari ini.
Bagi tempoh 4 Januari hingga 10 Januari, harga runcit RON95 ialah
RM2.29 seliter berbanding RM2.26 seliter, manakala RON97 ialah RM2.56
seliter berbanding RM2.53 seliter.
Harga bagi diesel pula naik kepada RM2.32 seliter, berbanding RM2.26 seliter.
Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.