PULAU PINANG: Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditempelak selepas menuduh
Barisan Nasional (BN) cuba mensabotaj projek terowong dasar laut dan
tiga lebuh raya yang dirancang di negeri ini.
Sedangkan, menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN), Teng Chang Yeow,
projek itu sebenarnya disabotaj Kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri yang
memberi jawapan berdolak-dalik serta mengelirukan setiap kali timbul
kontroversi mengenainya dibangkitkan.
Sebagai contoh, kata beliau, Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Mei 2015
ketika sidang DUN memaklumkan projek itu akan bermula pada 2016 hingga
2020.
“Kini sudah 2018 tetapi bayang projek itu pun tidak nampak, tetapi
kemudian dalam sidang DUN tahun lepas mereka mendakwa projek tiga lebuh
raya akan bermula pertengahan tahun ini pula.
“Jadi siapa sebenarnya yang sering membuat kenyataan mengelirukan dan
mensabotaj projek sendiri?” katanya dipetik Utusan Online.
Semalam, dalam sidang akhbarnya, Guan Eng mendakwa kerajaan negeri
ketika ini tidak pasti sama ada projek terowong dasar laut dan tiga
lebuh raya dapat diteruskan atau tidak selepas mendakwa disabotaj BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.