KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai yang berkhidmat di sebuah badan
sains antarabangsa direman selama lima hari bagi membantu siasatan
penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM3 juta sejak 2012.
Majistret Mohd Nor Hafidzuddin Yusoff mengeluarkan perintah tahanan
reman sehingga 3 Februari terhadap suspek berusia 44 tahun itu yang
merupakan Pegawai Tadbir Kanan International Council for Scientific
Union Regional Office for Asia Pacific (ICSU-ROAP) di bawah Akademi
Sains Malaysia (ASM).
Mohd Nor Hafidzudin turut mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap
seorang rakan suspek yang berusia 57 kerana disyaki bersubahat dalam
penyelewengan itu dan telah menyamar menggunakan gelaran profesor
lestari dari universiti tempatan.
Media semalam melaporkan kedua-dua suspek telah ditahan di sebuah kondominium di ibu negara pada kira-kira pukul 11.30 pagi.
Suspek utama didakwa memalsukan tandatangan untuk mendapatkan kelulusan
ASM bagi menjalankan program-program anjuran ICSU-ROAP yang diuruskan
olehnya.
Menurut sumber, suspek yang dilantik secara kontrak sejak tahun 2008
itu bersubahat dengan rakannya bagi menyeleweng dana tersebut sejak 2012
hingga tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.