shahbudindotcom
Hari
ini adalah hari terakhir dalam tahun 2017 dan bermula jam 12.01 minit
tengah malam nanti, semua kita akan menyambut kedatangan tahun baru
2018.
Tahun
2017 mencatat banyak sejarah duka kepada rakyat dan negara negara,
lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang dikaitkan dengan Najib
Razak.
1Malaysia
yang dulu dibangga-banggakan untuk disebut dan diucapkan sudah lama
tidak kedengaran dan secara senyap-senyap telah ditukar kepada 1Negara.
Lebih
dari itu, kedai runcit 1Malaysia dan kedai buku 1Malaysia pula sudah
“tutup kedai” secara rasmi kerana pelbagai masalah operasi yang
dihadapi.
1Malaysian
Development Bhd atau 1MDB, sebagaimana yang diperkatakan di seluruh
dunia dan disedari oleh kita semua, akan terus menghantui masa depan
Najib kerana melalui syarikat itulah bertapaknya skandal dan dosa yang
tidak mungkin dimaafkan oleh rakyat Malaysia, kecuali beliau dapat
dihumban dari puncak kuasa.
Di
sebalik gegak-gempita kononnya ekonomi negara stabil dan pertumbuhannya
sentiasa sihat serta menaik di bawah Najib yang digelar menukar
demokrasi kepada kleptokrasi, MITI akhirnya mengesahkan lapan kilang
mutinasional sudah pun menutup operasinya di negara kita.
Apakah petanda semua itu?
Untuk tahun 2018 mendatang, tidak mustahil cabaran yang lebih getir sedang menanti kita semua.
Maka,
tahun 2018 juga adalah tahun untuk kita sebagai rakyat yang telah
dibebankan dengan GST dan hutang negara hampir mencecah 1 triliion,
untuk membuat pilihan dan pertimbangan pula.
Pernahkah
setiap kali kedatangan tahun baru sebelum ini, kita sentiasa memasang
azam, baik untuk diri sendiri, keluarga, karier dan sebagainya, tetapi
sasarannya tidak pernah mengena?
Jadi,
sesuai dengan 2018 yang merupakan tahun untuk rakyat membuat pilihan,
apa azam paling wajar untuk kita tanam dan tekadkan dalam diri kita?
Apa
kata untuk 2018 ini, semua kita mempunyai azam yang sama iaitu untuk
menyingkirkan Najib dan seterusnya menumbangkan UMNO serta BN dan
sepertimana kata Nurul Izzah, menjadikan beliau diktator terakhir dalam
sejarah Malaysia.
Percayalah,
inilah azam paling terbaik, tidak saja untuk negara, tetapi juga untuk
diri sendiri, keluarga, karier serta masa depan anak-anak kita semua.
Yang lebih penting, inilah juga azam paling mungkin menjadi kenyataan bagi rakyat Malaysia pada tahun 2018 nanti.
Jika
sebelum ini banyak azam kita tidak pernah menjadi kenyataan, inilah
masanya untuk kita paling mungkin menyaksikan satu azam menjadi realiti
dalam kebersamaan bersama majoriti rakyat Malaysia yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.