BENTONG – Sejajar dengan kehendak dan permintaan
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, MCA mengambil
insiatif untuk membariskan 50 peratus calonnya daripada muka baharu dan
muda.
Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ia adalah
pendekatan daripada parti komponen itu dalam cubaan memenangi lebih
banyak kerusi.
“Lebih dari 50 peratus adalah calon muda dan muka baharu.
Memang kita letak banyak muka baharu dan kita telah gerakan jentera kita
di peringkat akar umbi,” katanya ketika ditemui media dalam ‘Program
Kembali Ke Sekolah’ di Parlimen Bentong hari ini.
Seramai 1,400 murid di Pahang menerima bantuan persekolahan
daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Program Kembali ke
Sekolah TNB 2018 melibatkan tujuh kawasan iaitu Bentong, Cameron Highlands, Jerantut, Kuala Krau, Lipis, Pekan dan Rompin.
Tiong Lai sebelum ini berkata, komponen BN itu telah memuktamadkan senarai nama calon untuk bertanding mewakili parti itu.
Malah beliau telah mengumumkan beberapa nama calon di
beberapa tempat antaranya kerusi Parlimen Tebrau akan ditandingi Datuk
Dr Hou Kok Chung dan kerusi Dun Johor Jaya pula Datuk Tan Cher Puk.
Ujarnya, nama-nama itu adalah senarai yang telah dimuktamadkan oleh MCA dan telah dihantar kepada Najib selaku Pengerusi BN.
“Ia penting agar peringkat bahagian boleh segera sedia dan kerja kuat bagi memenangkan kerusi berkenaan.
“Paling penting calon MCA perlu popular, disukai di peringkat akar umbi, dan rajin dan komitmen dalam politik.
“Kita lebih tumpu kepada aktiviti di peringkat pusat daerah
mengundi. Kita perlu buat lebih banyak aktiviti di peringkat itu kerana
ini adalah arahan pimpinan pusat,” katanya lagi.
Tambah Tiong Lai, perpecahan dalam MCA sebelum ini dapat
diatasi sepenuhnya dan ia diharap dapat mengembalikan kepercayaan
masyarakat Cina terhadap parti itu.
“MCA lebih bersatu sekarang, tidak ada perpecahan peringkat
bahagian jadi saya nampak langkah umumkan calon adalah langkah terbaik
untuk hadapi PRU-14.
“Saya yakin dengan langkah ini, calon-calon yang dinamakan
perlu kerja kuat untuk memenangkan kerusi, jika tidak nama mereka akan
ditukar,” katanya.
Pada PRU-13 lalu, MCA bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri.
Namun parti komponen BN itu dibadai kekalahan teruk apabila
hanya memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi negeri.
-MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.