Ahad, 31 Disember 2017

Ladang durian terbesar Selangor, jana pendapatan negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD




BESTARI JAYA: Sebuah ladang durian terbesar di negeri ini berkeluasan 400 ekar bakal diusahakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Tamby Omar Mohammed berkata, projek berkenaan akan dibangunkan di pusat pertanian Selangor Fruit Valley, dalam tempoh terdekat.

“Proses rundingan bersama agensi terlibat sedang dibuat bagi menjayakan hasrat ini.

“Namun ia bergantung kepada pelan jangka panjang dan rundingan berterusan yang akan dilaksanakan untuk tempoh selanjutnya,” katanya kepada SelangorKini.

Md Saad berkata, cadangan projek pembangunan itu dilaksakanakan bagi mempelbagaikan lagi tarikan terbaru di Selangor Fruit Valley.

“Cadangan asalnya, tanah sedia di penanaman getah itu akan diusahakan kawasan ladang durian baru yang dijangka akan memberi pulangan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.



“Pada masa sama, ia akan menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk melawat ke Selangor Fruit Valley,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemui pada Program Mountain Bike Selangor Fruit Valley Challenge 2017 Cross Country Olympic XCO, di Selangor Fruit Valley, pagi ini.

Untuk rekod, industri durian negara kini dilihat semakin berpotensi dan berkembang pesat dengan pengeksportan raja buah itu ke China.

Untuk rekod, durian Malaysia terutamanya Musang King mendapat sambutan luar biasa di negara itu dengan perolehan nilai pelaburan sekitar RM23 juta setahun.=EZY=

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.