Roketkini.com
Kenaikan kos sara hidup yang membelenggu seluruh lapisan rakyat negara ini sejak lebih 10 tahun lalu termasuk di Selangor merupakan isu nasional dan tidak bersangkutan dengan cukai yang dikenakan terhadap milikan hartanah negeri itu.
Peningkatan itu berlaku akibat beberapa dasar kerajaan persekutuan yang bukan sahaja menyebabkan harga barangan keperluan meningkat di Selangor, malah seluruh negara, kata Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran.
Beliau berkata demikian menyanggah dakwaan yang dilontarkan seorang ahli akademik, Isham Jalil seperti dilaporkan Bernama semalam yang disifatkannya sebagai ‘lucu’ apabila mengaitkan kenaikan cukai hartanah negeri itu dengan kenaikan kos sara hidup.
“Peningkatan (cukai hartanah di Selangor) tidaklah ketara sebagaimana yang dirasai akibat pelaksanaan GST dan kenaikan harga petrol,” kata Rajiv.
Malah, kerajaan Selangor juga katanya telah mengecualikan cukai hartanah bagi rumah pangsa kos rendah dan rumah di kampung-kampung dalam tempoh dua tahun lalu.
Ahli akademik itu juga kata beliau turut gagal memberi perincian terhadap cukai bagai jenis milikan hartanah yang meningkat.
“Tidak seperti Kuala Lumpur yang mengalami kenaikan cukai pintu sebanyak 200 hingga 300 peratus, cukai pintu di Selangor masih kekal pada kadar yang sama sejak 10 tahun lalu.
“Cukai tanah di Selangor cuma naik 10 peratus tahun ini setelah 10 tahun kekal dengan kadar sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam perkara terbabit, kerajaan negeri juga secara aktif telah memperkenalkan beberapa dasar yang membantu rakyat negeri itu berdepan dengan fenomena kenaikan kos sara hidup tersebut.
“Selangor giat memperkenalkan pelbagai polisi supaya rakyat negara ini dapat berdepan dengan cabaran kenaikan kos sara hidup seperti kad kesihatan, bantuan makanan, program subsidi asuhan anak, bantuan makanan bulanan dan sebagainya,” katanya.
Dakwaan kononnya kadar sewa tapak di pasar malam negeri itu meningkat juga adalah ‘mengarut’ kata Rajiv.
Jelasnya, sewa tapak pasar malam adalah dalam kadar normal sebanyak RM4 sehari bagi setiap lot.
“RM4 itu merangkumi penyelenggaraan asas pihak majlis seperti kerja-kerja pembersihan dan pelbagai langkah juga telah diambil untuk membanteras gejala ‘rent seeking’ bagi lot pasar malam mahu pun bazar Ramadan dimana peniaga boleh mendapatkanlesen secara terus dari majis perbandaran dan tidak perlu menyewa dari pihak ketiga,” katanya lagi. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.