Sabtu, 9 Disember 2017
Kekuatan PAS diakui Tun M, Pakatan Harapan
DR KAMARUL YUSOFF
MEMBACA kenyataan beberapa orang pemimpin tinggi
Pakatan Harapan beberapa hari kebelakangan ini, ternyata mereka semakin
mengakui peranan PAS dalam PRU 14. Pengerusi PPBM yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir
Mohamad, di dalam tulisan beliau bertajuk “Amanat Hadi” pada 7 Disember,
umpamanya menutup tulisan beliau dengan menyebut “tindakan PAS
bertanding (melalui blok ketiga) dalam PRU 14 akan mengurangkan undi
bagi Pakatan Harapan dan memberi kemenangan kepada Najib”. Hari ini, Naib Presiden PKR, Tian Chua, di dalam wawancara yang
disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insight bertajuk “Malaysia
penuhi 3 syarat untuk BN tumbang, kata Tian Chua” (“3 conditions are
aligned for BN to fall, says Tian Chua”), pula menyebut: (1) “Pertandingan tiga penjuru mungkin membantu BN menang besar” (“three-cornered fights could possibly help BN win big”). (2) “Jika ada banyak pertandingan tiga penjuru, ia akan beri BN
menang besar” (“if there are many three-cornered fights, it'll be a huge
win for BN”). Peliknya, di dalam keadaan pemimpin tinggi Pakatan Harapan cukup
sedar bahawa tanpa kerjasama PAS Pakatan Harapan tidak akan mampu untuk
menang, malah akan kalah teruk pula (“BN menang besar” sama maksudnya
dengan “PH kalah teruk”), mereka tidak pula kelihatan membuat usaha yang
serius untuk mendekati PAS, malah menyerang PAS pula. Peliknya lagi, di dalam keadaan Barisan Nasional diwarwarkan
berpotensi untuk menang besar jika PAS tidak bekerjasama dengan Pakatan
Harapan menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru, pemimpin
tinggi Barisan Nasional, termasuk di dalam Perhimpunan Agung Umno yang
sedang berlangsung, tidak juga kelihatan membuat usaha yang serius untuk
mendekati PAS. Sangat menarik untuk melihat gerak-langkah pemimpin PAS selanjutnya
tatkala kekuatan mereka semakin diakui. Adalah satu kesilapan besar jika
hasrat PAS untuk menjadi “king-maker” dalam PRU 14 diperkecilkan oleh
mana-mana pihak. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.