Oleh Syed Mu'az Syed Putra
KUALA LUMPUR: Walaupun Amanah diasaskan bekas pimpinan kanan PAS, namun
ia tidak mendapat tempat di hati rakyat negeri itu, kata Mursyidul Am
PAS, Hashim Jasin.
"Walaupun Amanah mendakwa bahawa mereka akan beri tentangan hebat di
Kelantan dan mereka akan memerintah Kelantan melalui Pakatan Harapan
yang mereka agungkan.
"Tapi apa yang saya perhatikan itu hanya dakwaan kosong, sambutan
kepada mereka amat sedikit," katanya dalam temubual ringkas bersama
Antarapos.
Untuk rekod Kelantan merupakan negeri yang menjadi sasaran Amanah serta
sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) selain BN daripada BN.
PAS menguasai Kelantan melalui kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 dan mengetepikan Umno pada PRU kelapan.
Sejak itu Umno-BN gagal merampas kembali negeri itu walaupun pada suatu
ketika PAS mempunyai majoriti satu kerusi di DUN Kelantan.
Hashim menambah tidak semudah yang dihasrat Amanah untuk mentadbir
Kelantan kerana PAS tetap akan menjadi pilihan pengundi pada pilihan
raya akan datang.
"Bukan (Amanah) tiada (sokongan), ada tetapi PAS masih boleh bertapak
dan memerintah Kelantan untuk waktu yang akan datang dan gangguan yang
diberikan oleh Amanah itu sebenarnya tidak akan memberi kesan yang
negatif kepada PAS itu sendiri.
"Lebih-lebih lagi kita rasa bahawa Amanah tidak diterima oleh Umno, orang Umno pun tak boleh terima Amanah," katanya.
Selain itu Hashim turut menyatakan saingan di Kelantan hanya PAS dan BN
manakala parti lain dianggap tidak berpeluang untuk menang.
"Jadi di Kelantan itu hanya dua parti sahaja iaitu PAS dan juga Umno-BN
yang akan menentukan pemerintah di negeri tersebut," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.