DALAM
tahun 2013, saya mewakili beberapa orang peneroka Felda bagi
mendapatkan perintah semakan kehakiman di Mahkamah bagi membatalkan
keahlian mantan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad di dalam
Koperasi Permodalan Felda (KPF). Alhamdulillah kami berjaya.
Alasan permohonan kami amat mudah. Mantan pengerusi itu tak layak jadi ahli KPF, jadi bagaimana Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) boleh kekalkan beliau sebagai ahli KPF. Saya hujah ia bertentangan dengan undang-undang kecil KPF.
KPF adalah koperasi terbesar di Malaysia dan ibarat lubuk emas Felda.
Sebelum itu, dalam tahun 2012 iaitu sehari sebelum mesyuarat agung KPF hendak diadakan, saya yang mewakili para peneroka Felda terbabit berjaya mendapatkan perintah pembekuan sementara keahlian mantan pengerusi Felda itu dan berjaya juga mendapat perintah injunksi interim menghalang beliau hadir dalam mesyuarat agung KPF. Kami dapat maklumat jika tidak ada perintah injunksi itu, ada perkhabaran yang mantan pengerusi Felda itu mungkin akan dilantik sebagai Pengerusi KPF.
Yang ‘best’nya pada masa itu, YA Hakim benarkan permohonan para peneroka itu meskipun ada bantahan daripada pihak pejabat Peguam Negara. Saya masih ingat terpaksa gunakan hujah “kahwin” untuk batalkan keahlian mantan pengerusi Felda dalam KPF tersebut.
Saya kata tak logik jika perkahwinan diisytiharkan tak sah tapi dalam masa yang sama perkahwinan itu dikekalkan. Begitulah juga dalam kes ini, saya kata keahlian mantan pengerusi Felda dalam KPF adalah tidak sah, tapi SKM masih boleh kata keahliannya masih kekal. Tak logik sama sekali, saya kata pada YA Hakim.
Saya bawa cerita itu sebab nak kongsi karenah si mamat itu dan nak kata betapa sayangnya MO1 dengan mantan Pengerusi Felda ini. Sebelum ini, beliau pernah disabitkan bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin Umno sendiri kerana terlibat dengan politik wang @ rasuah tapi dia tak pernah didakwa.
Ya, beliau digugurkan daripada kabinet dan digantung keahlian Umno, tapi lepas tu masih dicalonkan sebagai calon dalam PRK Bagan Pinang, menang lagi jadi Adun. Lepas tu dilantik pula sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi FGV. Dia mendedahkan harta para peneroka kepada risiko yang tinggi dengan penyenaraian FGV itu, disamping peneroka terus dibelenggu dengan hutang piutang yang semacam tiada kesudahan. Lepas itu didakwa ada skandal pula dalam Felda tetapi masih dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) pula oleh MO1 – yang juga berselirat dengan skandal.
urus niaga mencurigakan
Kini didedahkan pula masa dia jadi pengerusi Felda, hartanah Felda di Jalan Semarak sudah terlepas kepada sebuah syarikat tapi Felda tak dapat sesen pun dari urusniaga yang mencurigakan itu, meskipun nilai tanah itu katanya mencecah RM270 juta dan sekarang ini dikatakan bernilai berbilion ringgit.
Lepas tu ada laporan polis dibuat. Polis kata, mamat ini ada di luar negara dan hanya akan diambil keterangan bila dia dah balik ke Malaysia. Lepas itu, menular foto mamat ini dah balik ke Malaysia dan siap boleh pengerusikan mesyuarat AJK Umno Bahagian Teluk Kemang tapi masih tak dipanggil polis.
Yang ‘best’nya, dia boleh kata, “Saya masih belum dipanggil polis”. Tak tahu ilmu apa dia pakai hingga polis macam tak boleh nampak dan kesan dia. Terbaru, katanya polis hanya akan panggil beliau minggu depan. Lihatlah betapa seriusnya pihak berkuasa!
Yang lebih mengejutkan, media melaporkan kenyataan SPRM bahawa mereka tidak dapati ada unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes penjualan/pindah milik tanah Felda itu, hanya kes kelemahan tadbir urus.
Apa gamaknya ilmu yang dipakai oleh mantan pengerusi Felda ini? Macam kebal semacamlah!
Ayuh warga Felda bangun dan tunjukkan pada mereka yang anda semua ada harga diri dan maruah!
_______________________
Mohamed Hanipa Maidin ialah Ahli Parlimen Sepang dan Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) AMANAH.

Polis pula kata hanya akan siasat kes itu di bawah kes tipu – Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) dan kes pemalsuan dokumen – Seksyen 471 KK. Macam mana dengan kes CBT (criminal breach of trust) – Seksyen 405, 408, 409 KK – yang lebih serius dan boleh membawa penjara hingga waktu yang lama, sebatan dan denda sekali.Bukankah beliau adalah pengerusi Felda dan Pengerusi FIC (Felda Investment Corporation) yang terlibat dalam transaksi tersebut?
Yang lebih mengejutkan, media melaporkan kenyataan SPRM bahawa mereka tidak dapati ada unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes penjualan/pindah milik tanah Felda itu, hanya kes kelemahan tadbir urus.
Apa gamaknya ilmu yang dipakai oleh mantan pengerusi Felda ini? Macam kebal semacamlah!
Ayuh warga Felda bangun dan tunjukkan pada mereka yang anda semua ada harga diri dan maruah!
_______________________
Mohamed Hanipa Maidin ialah Ahli Parlimen Sepang dan Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) AMANAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.