KOTA BHARU: Sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka ditemukan mati
manakala seorang lagi cedera parah akibat ditikam dengan pisau dan
dihentak dengan tukul di sebuah rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek
Zainab, di sini petang ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Kha Eng Ni, 42; isterinya Chua Joo Seok, 37 dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.
Sementara itu, anak perempuan mereka Kha Xing Rhuu, 15 cedera parah dan
dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Perempuan
Zainab II (HRPZ II).
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Din Ahmad berkata, pihak polis
menerima maklumat tentang kejadian itu daripada jiran mangsa pada pukul
2.30 petang tadi.
“Berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 petang hingga 2.30 petang.
“Suspek dipercayai pekerja pasangan suami isteri itu sendiri yang
menjalankan perniagaan perkakas rumah. Suspek lelaki itu kini
menghilangkan diri dengan van kecil milik mangsa,” katanya ketika
ditemui hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.