Jumaat, 17 November 2017

Industri pelancongan tak terjejas hanya kerana pekerja Islam bertudung - KM Melaka

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata pemakaian tudung oleh pekerja beragama Islam tidak akan menjejaskan sesebuah destinasi pelancongan di negeri itu.
 
Sebaliknya ujar Idris, pelancong akan mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti apabila berurusan dengan pekerja-pekerja di sektor pelancongan.
 
Katanya lagi, pengusaha destinasi pelancongan perlu memastikan khidmat ditawarkan memenuhi kehendak pelanggan, 
 
Idris dalam pada itu berkata tindakan melarang pekerja wanita Islam memakai tudung disifatkan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak boleh terjadi di destinasi pelancongan di dalam atau luar negara, malah ia merupakan pemikiran tertutup yang boleh menjejaskan destinasi pelancongan negara.
 
"Sekiranya pihak pengurusan mengarahkan pekerjanya untuk membuka tudung dan melarang individu itu daripada memakainya, namun perkhidmatan yang diberikan tidak menepati kehendak pelanggan, itu boleh dianggap sebagai diskriminasi yang menjejaskan pelancongan di negeri dan negara ini.
 
"Penilaian mestilah berdasarkan kepada kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Jika memakai tudung dan individu itu memberikan perkhidmatan yang baik, itu adalah asas kepada kualiti pekerja di destinasi pelancongan tesebut," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, semalam.
 
Dua hari lalu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyarankan agar pihak berkuasa tempatan menarik balik lesen pengusaha hotel yang tidak membenarkan pekerja wanita Islam memakai tudung semasa bertugas.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.