KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau lebih
dikenali dengan Dr.Vida mendakwa hampir ditipu scammer melalui panggilan
telefon yang meminta wang RM30,000 di kediamannya di Ipoh.
Dr.Vida berkata, panggilan yang diterima sekitar pukul 12.45 tengah
hari semalam mengatakan akaun bank disekat kerana mengaitkan dirinya
dengan kegiatan mengedar dadah.
“Perbualan hampir dua jam itu tidak membuatkan saya mengesyaki apa-apa
kerana talian yang tertera memang betul sama ada dari IPK ataupun
daripada pihak bank serta setiap data peribadi yang dimaklumkan juga
tepat.
“Namun, bila dia mengaitkan saya dengan dadah saya terpaksa mengaku
yang saya ni Datuk Seri Vida dan terus menghubungi peguam saya,” katanya
selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang semalam.
Selepas menghubungi peguam peribadi, barulah beliau tahu yang menghubunginya adalah scammer.
Dr.Vida turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan
tidak mudah terpedaya dengan mendedahkan data peribadi
sewenang-wenangnya.
Beliau juga berharap pihak polis menjalankan siasatan dan melupuskan
jenayah scammer agar tidak mahu lebih ramai ditipu dan terpedaya dengan
helah orang yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan
mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.