ARIF ATAN
Tanpa berselindung, parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dilihat
sudah mula berkempen di tengah hiruk-pikuk ibu negara ketika tarikh
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) masih teka-teki.
Pemerhatian Malaysia Dateline di Jalan Tuanku Abdul Rahman petang ini
mendapati terdapat deretan papan iklan elektronik yang memaparkan logo
BN dalam tiga versi.
Tertera ungkapan “Hidup Rakyat” dan “For A Better Nation”, paparan
kemudiannya bersilih ganti dengan versi bahasa Mandarin dan bahasa
Tamil.
Terdapat lebih 10 skrin iklan sama di sekitar Chow Kit dipasang pada
tiang lampu di bawah landasan monorel termasuk di hadapan pasar raya
Mydin yang didatangi ramai pengunjung.
Deretan papan iklan elektronik di kawasan Parlimen Titiwangsa itu
hanya kira-kira dua kilometer dari ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC).
Difahamkan oleh syarikat Skyblue Media, skrin turut menayangkan iklan
Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) untuk dijual selain
iklan perkhidmatan dobi dan KFC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.