MALAYSIA DATELINE
AMANAH menyifatkan kekerapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi berada di Perak sebagai petanda seolah-olah BN Perak
di dalam keadaan cemas dan membimbangkan menjelang pilihan raya umum ke
14 (PRU-14).
Sebab itulah, kata Setiausahanya, Salman Salleh, BN Perak terpaksa
menggunakan kedudukan Zahid sebagai ‘Orang Nombor Dua Negara’ untuk
membantu mereka di Perak ketika ini.
“AMANAH Perak yakin kerusi Parlimen Bagan Datok dan juga Pentadbiran
Kerajaan Negeri Perak akan mampu diambil alih semula kerana situasi
terkini menunjukkan tahap keyakinan BN Perak khususnya terpaksa
‘mengheret’ Zahid bagi menjamin kekuatan dan kemenangan dalam Pilihan
Raya yang sungguh sengit kali ini,” kata beliau dalam satu kenyataan
hari ini.
Katanya, AMANAH) Negeri Perak melihat ‘Orang Nombor Dua’ negara dalam
tempoh sebulan pada bulan November 2017 ini telah menghadiri lebih
daripada sepuluh program kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Perak
yang diadakan khasnya di negeri Perak baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kawasan Bagan Datok begitu kerap
berada di Perak di dalam membantu jentera Barisan Nasional (BN) Negeri
Perak khasnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Selain program Kerajaan Persekutuan yang diadakan khasnya di Bagan
Datuk seperti pada hari ini, 26 November 2017 iaitu Majlis Pecah Tanah
Politeknik Bagan Datuk selain beberapa program sampingan seperti Sukan
Tahunan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang serta
ziarah.
Manakala pada hari semalam sahaja, 25 November 2017 telah merasmikan
Karnival Jualan Mega 2017 di Bulatan Amanjaya, Ipoh anjuran Kementerian
dan sebelumnya pada 21 November 2017 merasmikan Majlis Penutup
Persidangan Antarabangsa di Hotel Casuarina @ Meru Raya anjuran Kerajaan
Negeri.
Pada hari yang sama turut merasmikan Konvensyen Perdana dan
Persidangan Perwakilan Majlis Guru Besar Negeri Perak kali ke-30 /2017
di Ipoh, selain itu mempunyai jadual penuh pada 19 November 2017 dengan
program utamanya iaitu Fiesta NBOS Sayang Malaysia di Sekolah Menengah
Kebangsaan Hutan Melintang, katanya.
Selain itu juga program Majlis Penutup Seminar Keselamatan
Kanak-kanak – Always Beware dan Be Aware (ABBA) di Bagan Datuk,
merasmikan Pusat Pembiayaan Komersial Agro Bank Hutan Melintang serta
Pelancaran Blue Ocean Youth Movement, sembang santai dan beramah mesra
bersama dengan golongan belia.
Dan dua hari berturut-turut pada 11 November 2017, Sambutan Rumah
Terbuka Malaysia sempena Deepavali di Sungai Siput dan 12 November 2017
Majlis Pelancaran Program Vetri Road to Victory in 2018 di Hutan
Melintang dan melawat kemajuan prestasi projek pembangunan Waterfront
Bagan Datuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.