SHAH ALAM: Harga runcit petrol mencatatkan kenaikan sebanyak tiga sen,
manakala harga bagi diesel pula meningkat dua sen bermula Khamis.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) mengumumkan harga baru bahan bakar itu di laman Twitter
sebentar tadi.
Bagi tempoh 26 Oktober hingga 1 November, RON95 dan RON97 akan dijual
tiga sen lebih mahal dengan harga masing-masing ditetapkan pada RM2.20
dan RM2.50 seliter.
Harga baru itu adalah yang ketiga tertinggi sejak 31 minggu lalu
apabila mekanisme penentuan harga secara mingguan diperkenalkan.
Sementara itu, harga diesel akan dijual pada harga RM2.13 seliter.
Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan mula dikuatkuasakan pada April lalu.
Ia ditetapkan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore
(Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada
minggu terdahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.