KUALA LUMPUR: Lebih 50 pemberita membanjiri perkarangan Kompleks
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sejak jam 7.30 pagi tadi bagi mengikuti
prosiding tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan
Keramat Hujung, dua minggu lalu.
Prosiding pertuduhan hari ini membabitkan enam remaja lelaki.
Untuk rekod dalam kejadian kebakaran jam 5.15 pagi 14 September lalu,
seramai 23 mangsa terkorban termasuk dua warden selepas terperangkap di
tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.