SHAH ALAM: Strategi Umno-Barisan Nasional (BN) yang mahu menggunakan
gabungan tiga bekas menteri besar Selangor untuk merampas negeri itu
tidak akan berjaya, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk
Saifuddin Abdullah.
Ujar beliau, kemenangan sesebuah parti hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya menggunakan pemimpin tertentu.
Katanya, ini dapat dilihat strategi yang sama pernah digunapakai Umno-BN pada dua pilihan raya lalu yang menemui kegagalan.
“Yang akan tentukan kedudukan kerajaan Selangor itu bukan tiga orang itu tetapi seluruh pengundi dan rakyat di Selangor.
“Tetapi kita harus melihat bahawa politik dan pilihan raya itu bukan ditentukan oleh orang tertentu," katanya yang dipetik FMT.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Umno Selangor Tan
Sri Noh Omar bahawa gabungan Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, Tan Sri Abu
Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo akan mengembalikan negeri itu kepada
Umno-BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Sebelum itu, Muhammad, atau Mat Taib, baru-baru ini mengumumkan
kemasukan semula dalam Umno selepas empat tahun bersama pembangkang.
Tambah Saifuddin lagi, beliau tidak mahu memperkecilkan jasa dan sumbangan bekas menteri besar itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.