SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli diberi Notis Kebankrapan
susulan kegagalannya melangsaikan RM306,999.17 dalam saman fitnah
melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Notis tersebut disiarkan dalam akhbar tempatan pada 18 September lalu
selain ia turut dialamatkan ke kediaman Ahli Parlimen Pandan itu.
Ia menyebut NFC dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad
Salleh Ismail telah mendapatkan notis berkenaan terhadap Rafizi daripada
Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Susulan daripada itu, Rafizi diberi tempoh tujuh hari dari tarikh
penyampaian sempurna untuk memfailkan afidavit jika berhasrat membantah
notis berkenaan.
Pada Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Rafizi
memfitnah Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail
dan NFC menerusi kenyataannya bahawa syarikat itu menggunakan dana
kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi lapan
hartanahnya.
Beliau diperintahkan membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC.
Rafizi juga diperintah membayah mahkamah RM100,000 untuk kos guaman melibatkan prosiding itu.
Ketika ini, Rafizi berdepan hukuman penjara 18 bulan kerana mendedahkan
laporan audit 1MDB tanpa sebarang pengesahan. Mahkamah membenarkan
hukuman itu ditangguhkan susulan permohonan rayuan yang dikemukakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.