SHAH ALAM: Polis Selangor memberi amaran keras akan memburu dan
mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang menganjurkan pesta arak
dan dadah di negeri dengan berselindung disebalik acara muzik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, hasil risikan yang
dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mendapati terdapat segelintir
pihak tertentu yang cuba menganjurkan pesta arak dan dadah di negeri
ini.
“Polis tidak akan berkompromi dalam isu ini, gejala ini adalah tidak
sihat dan saya ingin menasihati kepada semua ibu bapa agar mengawasi
pergaulan jika anak mereka menghadiri parti anjuran individu tertentu,”
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada 18 September lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak
permohonan penganjuran pesta itu yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7
Oktober di Kuala Lumpur, tanpa menyatakan sebab khusus.
Better Beer Festival merupakan acara yang mempromosikan minuman keras dan telah diadakan di Kuala Lumpur sejak tahun 2011.
Bagaimanapun, ia menjadi isu nasional selepas anggota jawatankuasa
PAS, Riduan Mohd Nor mengadu mengenai acara itu dua minggu lalu dan
mengatakan ia boleh mengundang kepada ancaman pengganas.
Susulan itu, polis mengesahkan pesta itu diharamkan ekoran ada
menerima maklumat bahawa terdapat rancangan daripada militan Daesh untuk
mensabotaj pesta berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.