Kewujudan Jakim ada kaitan dengan orang bukan Islam, sebab orang bukan Islam hidup dalam negara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan
BANGI –
Pendakwah bebas terkenal, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyelar
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai apabila mengeluarkan kenyataan
biadab mempertikai peranan institusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim).
Tiong Lai
hari ini dengan nada angkuh berkata, Jakim tidak seharusnya menentukan
senarai larangan Jabatan Imigresen berhubung individu yang sepatutnya
diharamkan daripada menghadiri pesta gay ‘White Party Bangkok’ 30
September ini.
Katanya,
peranan Jakim adalah untuk memantau aktiviti berkaitan dengan umat Islam
sahaja, bukannya berkaitan dengan dasar moral dan memantau tingkah laku
individu.
“Siapa
Tiong Lai untuk mengeluarkan arahan sedemikian? Atas dasar kuasa seorang
menteri atau apa? Saya yakin beliau tidak boleh kawal dan memastikan
ahlinya mengundi ultra kiasu. Jakim di bawah JPM, Jabatan Imigresen di
bawah KDN.
“Jakim
adalah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam soal hal ehwal orang
Islam. Apa jua perkara yang mengganggu kehidupan kami Jakim ada
tanggungjawab. Kewujudan Jakim ada kaitan dengan orang bukan Islam,
sebab orang bukan Islam hidup dalam negara yang meletakkan Islam sebagai
agama persekutuan.
“Jika
bukan Islam begitu berani dan amat celupar mencampuri hal ehwal orang
Islam, apakah Jakim hanya berdiam diri? Apakah ketika itu, ultra kiasu
ini bebas, sebebas bebasnya. Gunakan otak sikit untuk bercakap,” katanya
ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.
Tiong Lai dalam kenyataan sama turut berkata, masyarakat bukan Islam mempunyai hak untuk memilih cara hidup mereka.
“Minum
(alkohol) mungkin sesuatu yang berdosa dalam Islam, tetapi bagi orang
bukan Islam, kita mempunyai kebebasan untuk memilih untuk meminum atau
tidak. Bukan terpulang bagi mereka (pihak berkuasa) untuk membuat
keputusan.
“Sebagai
contoh, saya seorang vegetarian, saya tidak minum, tetapi saya
menghormati kebebasan rakyat untuk minum, ini adalah hak saya,” katanya.
Selar
Ridhuan Tee, walaupun arak adalah kebebasan bukan Islam, mandilah arak,
tidak siapa yang larang, tetapi jangan timbulkan masalah kepada orang
lain.
“Boleh
dikatakan mereka yang menaiki teksi, grab, uber, semua muntah dalam
kereta gara-gara mabuk dan menimbulkan masalah kepada pemandu. Kamu
tahukah Mr Presiden? Rata-rata pemandu kenderaan tersebut adalah orang
Islam.
“Jika Mr
Presiden seorang vegetarian, kuat berpegang kepada agama, senaraikan
kepada saya, agama apa yang membenarkan pesta arak dan gay ini.
Tersangat hina agama tersebut jika ada yang membenarkan.
“Apakah
tidak berdosa minum arak dalam agama atau ajaran bukan Islam. Menteri
ini membaca ke tidak? Apakah menteri ini sudah lupa berapa banyak
insiden kapal terbang terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan
cemas, gara-gara ultra kiasu pemabuk ini menimbulkan masalah kepada
keselamatan penumpang? Beliau ambil cakna atau tidak, kementerian yang
diketuainya?,” soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.