Peguam mahu penjelasan dari Kementerian Kesihatan.
PETALING JAYA: Tiga peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pihak berkuasa gagal mengarahkan rawatan yang sesuai terhadap ketua umum Pakatan Harapan (PH) itu selepas terlibat dalam kemalangan ringan minggu lalu.
R Sivarasa, N Surendran dan Latheefa Koya berkata Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr S Jeyaindran tidak segera mengarahkan Anwar dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), sambil berkata kemalangan melibatkan konvoi yang membawa pulang Anwar dari hospital itu memburukkan kecederaan lamanya.
“Anwar dibawa ke HKL selepas hanya 3 hari, selepas mengalami kesakitan teruk dan rasa tidak selesa,” kata mereka.
Menurut kenyataan itu, aduan itu sudah dihantar kepada Kementerian Kesihatan.
Menurut peguam, doktor di penjara cuma memberikan ubat tahan sakit dan suntikan kepada Anwar. Mereka turut mempersoalkan kelewatan memberikan rawatan sesuai.
“Perhatian perubatan adalah hak setiap banduan,” katanya.
Pada 22 September, kereta dan van yang memindahkan Anwar dari HKL ke Penjara Sungai Buloh terlibat kemalangan di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama.
Anwar ketika itu dalam perjalanan pulang selepas menjalankan rawatan berkenaan tekanan darah tidak stabil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.