SHAH ALAM: Kerajaan mengeluarkan larangan untuk rakyat negara ini
mengunjungi Korea Utara susulan ketegangan di rantau itu ekoran ujian
peluru berpandu yang dijalankan baru-baru ini.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, larangan itu akan dikaji semula melihat kepada situasi semasa.
"Keputusan diambil memandangkan peningkatan ketegangan di Semenanjung
Korea dan perkembangan berkaitan daripada ujian peluru berpandu.
"Larangan perjalanan ini akan dikaji semula setelah situasi itu kembali normal," demikian menurut kenyataan itu.
Walau bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan sama ada warga Korea Utara dibenarkan ke Malaysia.
Malaysia mempunyai hubungan dengan negara pimpinan Kim Jong-un itu sungguhpun rata-rata negara maju lain meminggirkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.