OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM: Universiti Selangor (UNISEL) membuka ‘gerbang
akademiknya’ kepada masyarakat umum untuk menilai sejauh mana
kecemerlangan pembangunan institusi pengajian tinggi milik Kerajaan
Negeri itu.
Presiden Persatuan Akademik dan Profesionalnya, Profesor Dr Mohd
Zaidi Mohd Hajazi berkata, keterbukaan itu dibuat sebagai jaminan bahawa
UNISEL utuh melaksanakan tangunggjawab memacu agenda pendidikan negeri.
Katanya, inisiatif itu juga sebagai bukti bahawa tiada sebarang
salahgunakuasa dan dakwaan negatif yang dilemparkan pihak tertentu
kepada pusat pengajian negeri itu.
“Kami di UNISEL mengalu-alukan masyarakat luar untuk hadir ke kampus
di Shah Alam atau Bestari Jaya untuk menilai sendiri pembangunan pesat
kemajuan dan kecemerlangan universiti ini.
“Kami
tegaskan di pihak pentadbiran bahawa di UNISEL tidak mempunyai sebarang
isu kerana prinsip intergriti dan ketelusan itu sentiasa kami
pertahankan.
“Justeru, tiada apa yang ingin disembunyikan,” katanya kepada
pemberita pada sidang media di Lobi Utama UNISEL, Kampus Shah Alam, pagi
ini.
Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu kampus
berkenaan membabitkan pertikaian kontrak bersama bekas kontraktor, Jana
Niaga Sdn Bhd.
Serbuan didakwa berkait penyelewengan berhubung aduan pihak terbabit
dengan tujuan mencemar kredibiliti pentadbiran Kerajaan Negeri.
Susulan itu, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengancam akan
mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwanya
terbabit dalam rasuah berhubung pembayaran kepada Jana Niaga.
MBI Selangor yang dipetik media, menafikan membayar RM60 juta kepada
Jana Niaga dan mahkamah tidak pernah memutuskan syarikat itu mahupun
UNISEL berlaku adalah salah.
MBI Selangor berkata, dakwaan membuat pembayaran kepada Jana Niaga,
walaupun kontraktor itu mengingkari perjanjian dan gagal dalam tuntutan
tunggakan bayaran, tidak benar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.