Sabtu, 26 Ogos 2017

Dewan Ulama Ucap Tahniah Atas Keberanian PAS Selangor





Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik mengucapkan syabas di atas keberanian dan ketegasan PAS Selangor untuk bertanding di 42 kerusi pada PRU14.

“Statement seorang pemimpin yang berperinsip, tegas dan berani. Syabas Pesuruhjaya Selangor,”katanya dalam Facebook.

Ucapan tahniah Ustaz Mokhtar itu ditujukan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi berdasarkan kenyataannya semalam yang berkata PAS negeri sedia bertanding di semua kerusi yang pernah ditandingi PKR, termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

“Pas bersedia kawasan diwakili Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Dun Kajang dan Bukit Antarabangsa),” katanya kepada pemberita pada sidang media.

Beliau berkata, selain kawasan Dun Bukit Antarabangsa, parti Islam itu juga turut bersedia mengambil semula kerusi Parlimen Gombak yang ditandingi Menteri Besar Selangor itu sejak 2008.

“Keputusan untuk bertanding di 42 kerusi dipersetujui Pas Pusat, manakala untuk kerusi Parlimen, ia akan diputuskan Pas Pusat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.