Oleh YB Lee Chean Chung
Saya ambil maklum bahawa projek Mass Rapid Transit (MRT) fasa 2 akan dibuka pada orang ramai pada 17 Julai ini. Perasmian projek mega yang menelan belanja berbilion-bilion ringgit ini sudah pasti akan menjadi suatu kebanggaan buat kerajaan Umno BN sehingga merasakan seolah-olah sistem pengangkutan awam negara berada di antara yang terbaik di dunia.
Meskipun projek MRT ini akan membantu sejuta warga kota di Lembah Klang untuk memudahkan pergerakan, masalah utama kesesakan lalu lintas tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Sekiranya projek Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange dilaksanakan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, maka lebih banyak kenderaan yang akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas yang lebih lama.
Kenderaan bermotor masil lagi menjadi satu keperluan orang ramai untuk pergi ke Kuala Lumpur. Malah, kos tambang MRT yang mahal, kesukaran penumpang untuk menukar stesen transit apatah lagi ketiadaan stesen yang berhampiran tempat kerja adalah punca penduduk Malaysia masih menggunakan kenderaan bermotor jika hendak dibandingkan dengan MRT.
Jika kerajaan Umno BN bersungguh-sungguh untuk menggalakkan rakyat menaiki MRT, seharusnya kempen-kempen galakan dilaksanakan secara konsisten. Mutu perkhidmatan juga harus ditingkatkan ke tahap optimum bagi menampung pertambahan bilangan penumpang.
Jangankan hanya stesen sahaja yang canggih, tetapi sayangnya penumpang pada setiap hari bersesak-sesak dalam koc semata-mata kekurangan bilangan tren.
Keadaan sebegini masih berlaku pada servis komuter yang beroperasi bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Sungguh hairan apabila perkhidmatan komuter induk yang meliputi 150 kilometer di Lembah Klang dan membawa kira-kira 80, 000 penumpang setiap hari, masih mengalami pelbagai masalah.
Adakah Umno BN tidak berusaha untuk menaiktaraf perkhidmatan ini? Bagi saya lebih besar impaknya kepada warga kota jika hendak dibandingkan dengan projek MRT. Ini kerana komuter menghubungkan bandar-bandar yang besar dan juga antara kawasan bandar dengan luar bandar.
Tambahan pula, capaian KTMB lebih luas jika dilihat jarak rel dan juga bilangan stesen. KTMB juga dilihat menyerlah di sektor utara, antara laluan Butterworth dan Padang Besar. Tetapi sayangnya, tiada berita gembira daripada kerajaan Umno BN untuk menaiktaraf perkhidmatan ini, sama ada dengan menambah bilangan tren operasi dan mengurangkan masa menunggu dengan peningkatan kekerapan ketibaan tren yang sekarang ini bertempoh antara 20 hingga 50 minit.
Masalah pengangkutan awam ini bukan sahaja melibatkan kawasan Lembah Klang, malah juga berlaku di negeri-negeri yang lain. Lebih malang lagi, tahap penggunaan pengangkutan awam di desa cukup menyedihkan.
Tiada fasiliti dan kemudahan yang dibina oleh kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan untuk meningkatkan darjah ketersampaian antara bandar, pekan dan luar bandar. Pembinaan High Speed Rail (HSR) dan East Cost Railway Line (ECRL) yang melibatkan syarikat antarabangsa bukan sebagai jalan penyelesaian terbaik kerana melibatkan kos terlampau tinggi, iaitu sekitar RM90 bilion yang ‘menghanguskan’ wang rakyat.
Umno BN tidak harus leka dengan penyiapan projek MRT ini semata-mata. Beberapa langkah drastik perlu diperkenalkan oleh kerajaan untuk menambahbaik servis pengangkutan awam di seluruh negara.
Dengan menaiktaraf KTMB dan bas-bas metropolitan seharusnya menjadi keutamaan selepas ini. Jika kerajaan mahu melaksanakan projek, antara yang perlu diberi tumpuan adalah pembinaan lorong khas untuk Bus Rapid Transit (BRT) dan juga pemanjangan trek KTMB bagi menyambungkan Kuala Lumpur dengan negeri-negeri semenanjung yang lain. Dua projek ini lebih efektif dan sistematik dilaksanakan dari mewujudkan projek-projek berkos tinggi seperti MRT, HSR dan ECRL yang dilihat sebagai satu kemegahan tetapi akhirnya merugikan wang rakyat.
* YB Lee Chean Chung,ADUN Semambu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN.
Parti KEADILAN Rakyat.Pakatan Harapan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.