Sabtu, 1 Julai 2017

TPM nafi M'sia henti permit kerja warga Korea Utara

MALAYSIAKINI


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan agensi berita Jepun bahawa Malaysia telah menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warga Korea Utara.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara itu.

"Berita itu adalah tidak benar dan tiada sebarang arahan dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Sri Satria, hari ini.

Pada Khamis lepas, sebuah agensi berita Jepun, Kyodo News, melaporkan Malaysia menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warganegara Korea Utara, susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong Un.

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Feb lepas.- Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.