KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan
tiga individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel
oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada tahun
2014.
Memetik laporan Utusan Malaysia, dua daripada mereka adalah pengarah
sebuah syarikat yang dilantik sebagai agen untuk menguruskan pembelian
hotel tersebut.
Kedua-duanya yang masing-masing berusia 47 dan 51 tahun itu ditangkap
di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pukul 9 pagi tadi apabila hadir untuk
memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut.
Manakala seorang lagi yang ditahan di pejabat SPRM Kuching pada jam
1.30 tengah hari merupakan pengarah syarikat berusia 57 tahun yang
memiliki hotel tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani yang mengesahkan
penahanan mereka berkata, dua pengarah syarikat agen tersebut telah
direman selama tujuh hari sehingga 4 Ogos di Mahkamah Putrajaya hari ini
bagi membantu siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.