Khamis, 27 Julai 2017

Mahathir Alat DAP Untuk Tumbangkan UMNO -Hew






 Penceramah DAP, Hew Kuan Yau, yang lebih dikenali sebagai “Superman”, menyamakan Tun Dr Mahathir Mohamad seperti ‘keris’ lama yang boleh digunakan untuk menumbangkan UMNO pada PRU 14.

Menulis di Facebook miliknya, Hew meletakkan imej keris sambil memetik pepatah Cina yang berbunyi “Jika anda ingin menjalankan tugas, anda perlu mengasah alat-anda anda”.

Hew berkata untuk menghapuskan UMNO di kawasan luar bandar, “kuda tua” adalah senjata paling tajam yang sesuai digunakan.

“Ingatlah bahawa kuda tua boleh menjadi alat terhadap Najib,” tulisnya yang merujuk ‘kuda tua’ itu sebagai Dr Mahathir.

Dakwa Hew, orang Cina yang marah apabila DAP mengangkat Dr Mahathir sebagai ketua Pakatan Harapan adalah orang bodoh yang tidak faham strategi parti.

“Menggunakan orang tua UMNO untuk membunuh orang UMNO hari ini adalah strategi Pakatan yang paling tinggi,”katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.