Kelab Media Elit Kedah (KMEK) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya
tindakan pengendali satu laman sosial Facebook yang melemparkan tuduhan
kononnya terdapat dalam kalangan wartawan di negeri ini menerima ‘dedak’
atau rasuah.
KMEK dalam satu kenyataan berkata tuduhan sebegitu tidak boleh diterima langsung tambahan pula ia dibuat secara serangan peribadi dengan turut memaparkan wajah anggota keluarga wartawan itu, melibatkan anak kepada wartawan terbabit yang belum mencapai umur 18 tahun.
“Tuduhan tersebut amat berat sehingga mampu menjejaskan reputasi pengamal media di negeri ini. Oleh itu, KMEK mengalu-alukan siasatan daripada polis atau mana-mana pihak berkuasa untuk memastikan tidak ada individu atau golongan tertentu sewenang-wenangnya memperlekeh undang-undang negara dan menganiaya pihak lain dengan melemparkan tuduhan tanpa bukti,” kata kenyataan itu.
Laman Facebook dikenali ‘Kedah Baqhang’ itu memuat naik kenyataan berunsur fitnah pada Rabu lepas (28 Jun) dengan menyebut: ‘Wartawan Sinar: Linda Hashim (Ketua Wartawan Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim) berapa banyak dedak anda dapat dengan siar berita palsu berkenaan isu air di Sik?’.
Sehubungan itu, wartawan terbabit telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Kenyataan berkenaan masih terdapat pada status laman sosial itu berdasarkan pemerhatian Bernama setakat 3.50 petang ini.
KMEK berpandangan sebagai badan menjunjung tinggi etika kewartawanan dalam membuat laporan, setiap tuduhan dibuat kepada mana-mana pihak seharusnya disertakan dengan bukti dan tindakan tepat supaya undang-undang dapat ditegakkan selain mengelak individu dituduh teraniaya.
-Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.