Jumaat, 28 Julai 2017

Gangguan bekalan air di Hulu Langat pada 8 & 9 Ogos

BERNAMA


Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 8 pagi 8 Ogos ini hingga 12 tengah hari 9 Ogos.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah dalam kenyataan berkata bekalan air itu terganggu berikutan pelaksanaan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Bukit Mahkota, Bangi.

Kawasan-kawasan yang terjejas di daerah Bangi ialah Taman Wawasan; Bandar Baru Bangi Seksyen 1; Seksyen 2; Seksyen 3; Seksyen 3 Tambahan; Seksyen 14; Seksyen 15; Seksyen 15 Tambahan; Seksyen 16; Kawasan Perindustrian Seksyen 13; Desa Mahkota Bangi; Taman Bangi Villa; Taman Bangi Indah; Pekan Bangi Lama; Kampung Bangi; Rumah Murah PKNS Bangi; Bangi Estate; Kampung Aman Bangi; Taman Sri Bangi; Bangi Lama; Taman Angsana; Kampung Batu 2,3, 5 Jalan Bangi; Kawasan Industri Batu 1,2, 3 Jalan Bangi dan Kampung Rinching Hilir.

Bangi Gateway; Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH); Mahkamah Seksyen Bandar Baru Bangi; Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP); Taman Jernang Jaya; Asrama Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Bangi; ICT Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia; Akademi Percukaian Malaysia; Kompleks Mahkamah Syariah; Balai Polis Bandar Baru Bangi; Balai Bomba Bangi; Sekolah Integrasi Bangi; Pusat Membeli Belah Bangi Utama dan Kawasan Komersial Medan Bangi; Bandar Sri Putra; Taman Impian Putra; Bandar Bukit Mahkota; Bangi Avenue; Kolej Universiti Islam Selangor, Mutiara Bangi; Klinik Kesihatan Bandar Sri Putra; Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi; Klinik Desa Bangi Lama dan Kolej POLY-TECH MARA, Bandar Baru Bangi juga terjejas dengan bekalan air.

Kawasan lain yang turut terjejas ialah Beranang di Kampung Sungai Kembung Hulu; Kampung Sungai Kembung Hilir; Kampung Kuala Pajam; Kg Jalan Enam Kaki; Kg Sg Sematar; Kg Machang; Kg Sesapan Kelubi; Kg Sesapan Minangkabau; Kg Sesapan Rembau; Perumahan PKNS Beranang; Kg Bkt Kepong; Kg Sg Jai; Pekan dan Perkampungan Beranang; Kawasan Perindustrian Beranang; Taman Perindustrian Mahkota Beranang; MARA Japan Industrial Institute; Kolej Professional Mara Beranang; Klinik Kesihatan Beranang; Klinik Desa Kg. Rinching Hilir; Klinik Desa Minangkabau; MFI UNIKL, Teras Jenang dan Kolej Profesional Mara, Beranang.

Di Semenyih, kawasan yang terjejas ialah Taman Semenyih Impiana; Taman Semenyih Permai; Bandar Rinching Seksyen 2; Seksyen 3; Seksyen 4; Tiara South; Seksyen 4; Setia Ecohill dan Eco Majestic.

Sehubungan itu, Amin Lin menasihati pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan bermula.

Pengguna juga diminta merujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.