PUTRAJAYA: Polis menahan reman selama enam hari terhadap dua penilai
hartanah yang disyaki terlibat kes manipulasi pembelian hotel mewah di
Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Perintah berkenaan dikeluarkan Mahkamah Majistret melalui Nik Isfahanie
Tasnim Wan Ab. Rahman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua lelaki
itu sehingga 27 Julai ini.
Kedua-dua suspek masing-masing merupakan pengarah sebuah syarikat
perundingan aset berusia 45 tahun dan Ketua Unit Harta sebuah syarikat
perkhidmatan pos berusia 36 tahun ditahan di pejabat SPRM pada pukul 1
petang semalam ketika hadir untuk memberi keterangan.
Akhbar sebelum ini melaporkan FIC yang merupakan entiti pelaburan
diwujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 2013 telah
membeli sebuah hotel empat bintang bernilai £60 juta (RM330 juta) di
Kensington, London pada tahun 2014.
Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai telah memanipulasi harga
hotel tersebut sehingga FIC telah membayar lebih membabitkan puluhan
jutaan ringgit berbanding harga asal yang lebih rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.